Saturday, July 2, 2016

MAJLIS GRADUASI KALI KE 12 2016

Pada hari Selasa 22 Mac 2016 di Dewan Abu Bakar As Siddiq telah berlangsung Majlis Graduasi Kali Ke 12  Sek Men Keb Agama Tok Bachok yang dirasmikan oleh YBrs. Tuan Wan Ramdzan Bin Wan Mamat, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia.







Berikut adalah senarai pelajar yang mendapat anugerah di dalam Majlis Graduasi :

Anugerah Kecemerlangan 2016

Anugerah Pelajar Terbaik SPM

Nurin Syamimi Binti Ahmad Izuren Shah - 11A
Siti Noor Afiqah Binti Saidi - 11 A

Anugerah Pelajar Keseluruhan Gred Purata Terbaik

Ahmad Zaim Fahmi Bin Abdullah - 10A




Monday, March 28, 2016

BANGGA PENCAPAIAN PELAJAR TAHFIZ



Pencapaian pelajar tahfiz melibatkan tingkatan satu dan dua di SMKA TOK BACHOK amat membanggakan apabila ada di antara mereka mampu menghafaz sehingga 12 juzuk sepanjang tahun lalu. Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SMKA TOK BACHOK, Datuk Dr Ilias Husain berkata, pencapaian itu membolehkan hasrat Kerajaan Persekutuan untuk melahirkan pelajar berkebolehan yang selari dengan keperluan agama mampu untuk dicapai. Beliau berkata, setiap tahun pelajar dikehendaki menghafaz lima atau enam juzuk sahaja, tetapi kecerdasan dan kesungguhan pelajar membuatkan mereka mencapai kejayaan melebihi sasaran. 
“Kita bertuah kerana terpilih sebagai sebuah sekolah yang mempunyai system ulul albab ini yang membolehkan pelajar menghafaz al-Quran selain daripada penguasaan akademik.”
“Tahniah kepada tiga pelajar yang menerima hadiah kecemerlangan atas kejayaan mereka menghafaz melebihi enam juzuk."





Mereka yang dibimbing seorang guru bagi 10 pelajar ini adalah aset negara di masa hadapan.” Katanya ketika merasmikan mesyuarat Agung PIBG SMKA Tok Bachok baru-baru ini.

Wednesday, March 9, 2016

Misi & Visi Sekolah



·                                                                              VISI
SMKA Tok Bachok menjadi sekolah yang terbilang di Kelantan menjelang tahun 2016.

 MISI
Untuk mencapai visi warga SMKATB akan berusaha secara istiqamah untuk:
1.  Mencapai tahap akademik pelajar yang   gemilang.
2.  Menjana sahsiah pelajar yang berpegang kuat dengan agama.
3.   Menonjol kepemimpinan sejagat di kalangan warga sekolah.
4.   Memancarkan semangat patriotik warga sekolah yang tinggi terhadap negara yang tercinta.


 MATLAMAT
· Mendidik pelajar dengan keperibadian Islam.
    Membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dan    ukhrawi.
    Memperkembangkan potensi pelajar dari segi kreativiti minat, sahsiah dan kepemimpinan.
 Memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu dan luar negara.

OBJEKTIF
Mencapai kecemerlangan Kurikulum dan Kokurikulum.
 Melahirkan pelajar yang mengamalkan akhlak mulia.
    Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran budaya yang membanggakan dengan nilai-nilai murni Islam
Menyediakan pelajar yang dapat memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.
 
       PIAGAM PELANGGAN
Kami warga pendidik SMKA Tok Bachok berjanji akan melaksanakan tanggungjawab Kurikulum dan Kokurikulum dengan penuh dedikasi komited & berkualiti bagi memastikan:  pelajar mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan PMR & SPM..
·     Pelajar memiliki sahsiah dan akhlak mulia.
    Bakat kepemimpinan dipupuk & disuburkan supaya potensinya berkembang sejajar dengan kematangan mereka.
    Serta berjanji akan memberikan  layanan yang adil kepada semua pelajar , ibu bapa & masyarakat yang berurusan dengan kami.

Sunday, March 6, 2016

Pagi yang indah bersama membina generasi ulul albab di bumi tok Bachok



Pengenalan
Ulul Albab bermaksud satu golongan yang mempunyai asas yang kukuh dalam Al Quran 
ilmu pengetahuan yang luas dan pelbagai, mampu berfikir dan memerhati kejadian tuhan melalui mata hati dan akal yang tajam serta mengambil iktibar darinya.
Objektif utama pelaksanaan Program Ulul Albab adalah untuk melahirkan genarasi Ulul Albab yang bercirikan 3 komponen iaitu:
QURANIK
Hafiz 30 juzu’ Al Quran serta memahami berdasarkan konsep Baca, Ingat, Faham, Fikir, Amal dan Sebar.
Dilaksanakan bermula dari jam 6.30 -7.10 pagi tahdhir dan 7.30-9.40 pagi secara formalnya dan 7.00 hingga 9.00 malam  untuk hifzul jadid dan tahriri.
Sasaran hafazan ialah 30 juzu’ al-Quran selama 3 tahun ( Tingkatan 1- 3).
ENSIKLOPEDIK
Berpengetahuandan kemahiran tinggi, menjadi tempat rujukan serta menguasai pelbagai bidang ilmu dan bahasa asing.
Kelas Bahasa Jepun, Mandarin akan diadakan.
Kemudahan ICT yang lengkap dan terkini.
IJTIHADIK
Berkeupayaan memberikan memberikanpandangan dalam penyelesaian umat, memaksimakan keupayaan otak dan minda, berfikiran kreatif dan inovatif serta berteknologi tinggi.
Mempunyai kelab-kelab berteknologi tinggi seperti avionik, robotik dan solar.
Aktiviti kokurikulum konvensional bagi memantapkan sahsiah dan perkembangan minda dan fizikal para pelajar.