Visi & Misi Sekolah

http://smkatokbachok16.blogspot.my/2016/03/misi.html
VISI
SMKA Tok Bachok menjadi sekolah yang terbilang di Kelantan menjelang tahun 2015.

MISI
Untuk mencapai visi warga SMKATB akan berusaha secara istiqamah untuk:
1.         Mencapai tahap akademik pelajar yang   gemilang.
2.       Menjana sahsiah pelajar yang berpegang kuat dengan agama.
3.       Menonjol kepemimpinan sejagat di kalangan warga sekolah.
4.      Memancarkan semangat patriotik warga sekolah yang tinggi terhadap negara yang tercinta.

MATLAMAT

·        Mendidik pelajar dengan keperibadian Islam.
·        Membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dan ukhrawi.
·        Memperkembangkan potensi pelajar dari segi kreativiti minat, sahsiah dan kepemimpinan.
·        Memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu dan luar negara.

OBJEKTIF

·        Mencapai kecemerlangan Kurikulum dan Kokurikulum.
·        Melahirkan pelajar yang mengamalkan akhlak mulia.
·        Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran budaya yang banggakan dengan nilai-nilai murni Islam.
·        Menyediakan pelajar yang dapat memberi sumbangan yang berkesan bagi memenuhi keperluan ummah dan negara.

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga pendidik SMKA Tok Bachok berjanji akan melaksanakan tanggungjawab Kurikulum dan Kokurikulum dengan penuh dedikasi komited & berkualiti bagi memastikan:
·        Pelajar mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan PMR & SPM.
·        Pelajar memiliki sahsiah dan akhlak mulia.
·        Bakat kepemimpinan dipupuk & disuburkan supaya potensinya berkembang sejajar dengan kematangan mereka.
·        Serta berjanji akan memberikan  layanan yang adil kepada semua pelajar , ibu bapa & masyarakat yang berurusan dengan kami.

No comments:

Post a Comment